Cinta Remaja
1. Andai
kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan
nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa
cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di
penglihatan derita di perasaan.
2. Ada
orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi
rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan
sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda
telah jatuh cinta.
3. Gerak gerik memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta
yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati
yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah
bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh
selagi iman terselit di dada.
5. Cinta
yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu
berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat
seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta
bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang,
perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk
dimengertikan.
7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta
bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan
mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan
melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Coba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala
kita menyadari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita
sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya
cinta seseorang terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta
yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan
cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun
sukar untuk membedakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta
sejati.
Dikutip dari:
No comments:
Post a Comment